click enlarge

Centipede Fighting A Snake

Sunday, February 28, 2010

Friday, February 5, 2010

Iran gantung pembunuh di khalayak ramai

TEHRAN: Iran menggantung seorang lelaki di khalayak ramai selepas didapati bersalah membunuh pegawai badan kehakiman berjawatan tinggi di tengah-tengah bandar Isfahan, menurut agensi berita Fars.

Laporan itu berkata, lelaki terbabit dikenali Jamshid Hadian, 59, dihukum mati di depan bangunan mahkamah Isfahan kerana menembak mati timbalan pendakwa raya bandar itu, tahun lalu.

Mengikut kiraan AFP berdasarkan laporan berita, hukuman gantung itu menjadikan ia sekurang-kurangnya angka ke-10 pesalah yang dihukum mati di Iran setakat ini, bagi 2010.

Iran mengenakan hukuman gantung ke atas sekurang-kurangnya 270 orang tahun lalu dan 246 pesalah pada 2008, iaitu angka tertinggi berbanding negara lain termasuk China.

Tehran berkata, hukuman mati perlu bagi mengekalkan keselamatan awam dan ia dilaksanakan hanya selepas sistem perundangan menemui jalan buntu.

Membunuh, merogol, rompakan bersenjata, pengedaran dadah dan zina kesemua boleh dihukum mati dalam negara republik Islam. – AFP

Sumber : Bharian.com.my

Pisau Cukur (2009) DVDRIP-RMVB

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...